Program Kesihatan PPKS Terima Sambutan Hangat, 182 Hadir Jalani Pemeriksaan.

Tenom, 1 Oktober 2025. Program Kesihatan anjuran Persatuan Pesara Kerajaan Sabah (PPKS) Tenom mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran seramai 182 orang awam yang hadir untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk pemeriksaan tekanan darah, kadar gula dalam darah, serta tahap kolesterol. Kehadiran masyarakat setempat jelas menunjukkan peningkatan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kesihatan.

Dalam masa yang sama, program ini turut menyediakan ruang untuk orang ramai menderma darah. Walaupun sambutan diterima baik, hanya 11 orang didapati layak dan berjaya menderma darah.

PPKS Tenom dalam satu kenyataan menzahirkan penghargaan kepada semua petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Melalap dan Tenom, serta sukarelawan yang terlibat.

“Tanpa kamu, siapalah kami,” ujar wakil PPKS sambil menyifatkan kerjasama erat semua pihak sebagai kunci kejayaan penganjuran program tersebut.

Media PPKS Tenom